Noordin Hassan

Noordin Hassan merupakan seorang Sasterawan Negara yang dilahirkan pada 18 Januari 1929 di Jalan Hatin, Pulau Pinang.[1]Noordin Hassan memulakan persekolahan di Sekolah Melayu Perak Road, Pulau Pinang. Setelah itu beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris Francis Light, Pulau Pinang. Setelah kekalahan Jepun, beliau melanjutkan pelajaran di Penang Free School. Pada tahun 1952, Noordin Hassan dihantar ke Kirkby College, Liverpool untuk persiapan menjadi guru terlatih. Semasa di Kirkby, beliau mendalami Kesusasteraan Inggeris dan Barat, terutamanya melalui karya Shakespeare, Sheridan, Goldsmith dan Moliere. Pada tahun 1962, beliau melanjutkan pengajian di Universiti London dalam bidang Pengajaran Bahasa dan Sastera Inggeris. Pada akhir tahun 1976, beliau mengikuti kursus Drama dan Pembelajaran di Universiti of Newcastle.